Thursday 13 December 2012

RECIPE FOR SUCCESS


Your Recipe for Success

My list of ingredients for success is divided into four basic groups.
Inward. Outward. Upward. And Onward. – David Thomas

New ingredients can improve any recipe – including your recipe for success. Most of the time,
both consciously and subconsciously, we borrow ingredients. We create our recipes from what
we hear and see – after all, very few things these days are original. But we are all unique and
can make use of these ingredients in unique ways. We are ever evolving. Depending on our
present circumstances, the ingredients we create, choose, and borrow, we may come up with a
success that’s totally different from other people’s.
The three essential ingredients of anyone’s recipe for success are the Straight A’s of attitude,
aptitude, and action. You can’t have one without the others. What’s your recipe for success?
Here is a great recipe for success in life:
3 cups love
2 cups loyalty
3 cups forgiveness
5 table spoons hope
2 table spoons tenderness
4 quarts sharing
2 barrels of laughter 
Take the love and loyalty and mix it with sharing. Blend it with tenderness,
forgiveness, and hope. Sprinkle abundantly with laughter. Bake it with sunshine. Serve daily in
generous helpings
The ingredients you put into life make a powerful statement about you. My favorite recipe is:
Start with a huge amount of attitude, created through a combination of dreaming, vision,
passion, belief, desire, self-esteem, confidence, and body language. Add aptitude, which is
created by a combination of knowledge, learning, education, study, intelligence, books, and
CD’s. Add action, which is created from a combination of planning, networking, goals,
execution, determination, discipline, and polite persistence. Then add a pinch of failure, fear,
rejection and change. Sift until it becomes experience. Stir until it’s ready to serve.
Have a Straight A's Day !

Tuesday 4 December 2012

KSSR

               KSSR KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
               KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
                Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
                KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
                Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan